Loteng
Kelebihan Membuat Loteng
Banyak kelebihan yang anda boleh dapat apabila membuat loteng atau ruang tambahan di rumah anda:
- Barang Lebih Tersusun.
Barang di rumah boleh disusun dengan rapi di atas loteng. Mungkin sebelum ini menggunakan satu sudut khas atau bilik stor untuk menyimpan barang-barang keperluan yang jarang digunakan tetapi selepas membuat loteng, anda boleh menyusun atur barang-barang itu di loteng. Bilik stor boleh dijadikan satu lagi bilik tambahan atau bilik tetamu dan sudut khas yang sebelum diletakkan barang-barang boleh dikemaskan dan menjadikan ruang rumah anda nampak lebih luas.
- Tidak Perlu Kos Yang Besar.
Jelas sekali kos untuk membuat sebuah loteng lebih rendah berbanding kos untuk membuat sebuah bilik tambahan. Pembuatan loteng tiada melibatkan perobohan dinding rumah, dan jangka masa pembinaan adalah lebih cepat.
- Anak-anak ada ruang untuk bermain.
Jika ruangan sebelum ini digunakan untuk meletakkan barang keperluan tambahan yang jarang digunakan, kali ini ruang itu boleh digunakan untuk dijadikan ruang bermain anak-anak. Anda juga boleh menjadikan loteng sebagai ruangan bermain anak-anak anda. Maka ruang rumah yang lain tidaklah bersepah dan diganggu oleh anak-anak.
- Boleh Dijadikan Bilik Tambahan.
Loteng juga boleh dijadikan bilik tambahan untuk dijadikan bilik tetamu atau pon bilik anak-anak. Loteng boleh di design mengikut citarasa tuan rumah sama ada mahu membuat loteng tertutup atau loteng terbuka. Loteng juga boleh dijadikan surau kecil atau ruang khas untuk solat di rumah. Ruang solat yang khas boleh menjaminkan keselesaan ketika solat.